Wednesday, July 10, 2013

Bacaan Solat Terawih Beserta Makna

Semoga ruangan blog menjadi medan untuk memperoleh pahala berterusan hatta setelah meninggal dunia. Sampai-sampaikan ilmu dan sebar-sebarkan bacaan solat terawih beserta makna ini.



 


Bacaan Tasbih dan Selawat (selepas rakaat 4,8,12,16,20)

 

Puasa dan Al-Quran beri Syafaat

Dari Abdullah ibn 'Umar, Rasulullah saw. bersabda, "Pada Hari Kiamat kelak, puasa dan Al-Quran akan memberikan syafa'at kepada seorang hamba. Puasa berkata, "Wahai Tuhan! Sesungguhnya, aku telah mencegahnya dari makanan dan keinginan syahwat di siang hari. Maka berikanlah syafa'at kepadaku." Dan Al-Quran berkata, "Wahai Tuhan! Aku telah mencegahnya dari tidur di malam hari, maka berikanlah syafa'at kepadaku." Kemudian Allah Swt. memberikan syafa'at melalui keduanya." (HR. Imam Ahmad, At-Thabarani, dan Hakim)

Thursday, June 20, 2013

Doa yang tidak pernah ditolak

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasululullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Doa tiga golongan yang tidak pernah ditolak ialah pemimpin yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan orang yang dizalimi. Allah mengangkat doa tersebut (orang yang dizalimi) melalui awan pada hari kiamat dan dibukakan pintu-pintu langit untuknya. Allah berfirman, maksudnya: "Demi kemuliaan-Ku, sesungguhnya Aku akan menolongmu selepas beberapa tempoh masa." "
(Riwayat Ibn Majah dan Ahmad)

Wednesday, May 29, 2013

Taman Paya Rumput Perdana Fasa 2

Gambar terbaru di Taman Paya Rumput Perdana Fasa 2. Diambil dalam bulan Mei 2013.
Gambar di bawah ni ialah padang bola. Padang ni mula-mula dijumpai di sebelah kiri sejurus melewati pagar guard utama. 



Ada satu kuil hindu dan satu tokong budha di dalam TPRP ini iaitu di Fasa 1

Saya sempat masuk ke satu lorong rumah type Emerald dan Gem. Ada jumpa dengan 2 orang abang. kedua-duanya kerja di luar Melaka. Katanya akan duduk di sini setelah bersara nanti.

 Rumah type Emerald yang dah siap untuk diduduki.
 Completed buildings.

 Iklan-iklan dah memenuhi di persimpangan jalan. Dah pasti owner nak buat kitchen kabinet, konis etc.
Rumah type Emerald Fasa 1. Beza rumah ini dengan Larimar Fasa 2 hanyalah finishing luar sahaja. Larimar Fasa 2 tiada susunan batu warna coklat di bahagian hadapan tu.
 Yang ini ialah gambar di penghujung jalan. Nun sayup di sana construction Fasa 2 sedang giat berjalan. Dengar-dengarnya akan siap pada sekitar April tahun hadapan (2014).






















Friday, May 24, 2013

Hadis tentang kepayahan membaca quran

 Assalamualaikum W.B.T. , pasti saban hari kita sibuk dengan urusan dunia. Jika pengembala sibuk dengan ternakannya, jika guru sibuk dengan urusan anak muridnya, jika ibu sibuk dengan urusan rumahtangganya, jika ayah sibuk mencari rezeki untuk keluarga...namun apakah sudah kita sibukkan diri kita selaku hamba ciptaan-NYA? 


Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. :
“Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”.
( Hadith Riwayat Bukhari & Muslim )