Thursday, June 20, 2013

Doa yang tidak pernah ditolak

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasululullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Doa tiga golongan yang tidak pernah ditolak ialah pemimpin yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan orang yang dizalimi. Allah mengangkat doa tersebut (orang yang dizalimi) melalui awan pada hari kiamat dan dibukakan pintu-pintu langit untuknya. Allah berfirman, maksudnya: "Demi kemuliaan-Ku, sesungguhnya Aku akan menolongmu selepas beberapa tempoh masa." "
(Riwayat Ibn Majah dan Ahmad)