عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله
صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة
جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له
Maksud hadis :Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Coretanku:
Marilah kita bersama fahami sedalam-dalamnya maksud hadis di atas. 3 perkara yang tidak akan terputus walaupun jasad telah terkubur ataupun mungkin sudah pupus dimamah ulat, iaitu:
1. Sedekah
2. Ilmu yang bermanfaat
3. Anak yang soleh
Daripada 3 perkara yang di atas, no. 1 hanya boleh dicapai jika berharta. 3 pula hanya boleh dicapai jika dikurniakan anak dan ibubapa bersungguh-sungguh mendidik anak dengan jayanya. Daripada 3 yang di atas, no 2 itu saya rasakan sangat mudah dan boleh kita sama-sama kejar untuk mendapatnya. Bayangkan, betapa beruntungnya seseorang yang profesyennya memang seorang guru. Setiap hari dapat dicurahkan ilmu dalam mendidik anak-anak muridnya. Di zaman teknologi moden ini, kita boleh kejar untuk mendapatkan no 2 tersebut melalui Facebook, blog, tweet dan yang seumpamanya.

No comments:
Post a Comment